Riwayat Al-Tabrani,
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Betapa mulianya seorang sahabat di sisi sahabatnya. Persahabatan terjalin dengan sebuah keikhlasan yang tulus dari hati. Andai terpalit sedikit hati yang tidak menyenangi, pasti sesebuah ikatan itu tidak akan kekal lama. Untuk kawan-kawan, maaf andai aku melukai hati kamu semua tanpa aku menyedarinya. Buat G dan Nina terima kasih memberi aku peluang untuk mengenali alam blog ini. Aku harapkan persahabatan yang dijalinkan ini akan berkekalan walaupun maut yang memisahkan.
Indahnya sebuah pertemuan andai perpisahan bukan pengakhirannya.. Namun, kita sedar akan sebuah pertemuan itu tidak akan berlaku tanpa adanya perpisahan. Untuk teman-teman semua, aku harapkan hubungan yang dijalinkan kekal abadi selamanya.
Wassalam.